Kolonel Worth mengambil alih Perang Seminole Kedua

Pada bulan May 1841 Armistead telah digantikan oleh Kol. William Jenkins Worth sebagai komander pasukan Tentera di Florida. Disebabkan perperangan ini tidak lagi popular di peringkat kongres dan negara, Worth terpaksa berjimat. Perang itu menelan belanja sebanyak US$93,300 sebulan, disamping bayaran tentera biasa. John T. Sprague, pembantu Worth, percaya bahawa sesetengah orang awam sengaja cuba melengahkan perang agar mereka kekal mendapat bayaran gaji dari pihak kerajaan. Sekitar 1,000 kakitangan awam Tentera dihentikan, dan beberapa pemerintahan kecil telah digabung. Worth kemudian memerintah orangnya keluar untuk melakukan misi 'cari dan musnah’ semasa musim panas. Usaha ini berkesan menyingkir puak Seminoles keluar dari kubu kuat mereka di Teluk Withlacoochee. Kebanyakan bahagian utara Florida turut dibersihkan menggunakan kaedah ini.[67]

Pada May 1, 1841 Leftenan William Tecumseh Sherman ditugaskan mengiring Coacoochee untuk perjumpaan di Fort Pierce.Selepas membasuh dan mengenakan pakaian terbaiknya (yang termasuk vest dengan lubang peluru padanya), Coacoochee meminta Sherman untuk memberikan perak padanya sebagai pertukaran bagi nota satu dolar dari Bank Tallahassee. Dalam perjumpaan itu Major Thomas Childs bersetuju memberikan Coacoochee tempoh tiga puluh hari bagi mengumpul orang-orangnya untuk pengangkutan ke Barat. Sementara itu, orang-orang Coacoochee bebas datang dan pergi di kubu itu bagi sepanjang tempoh itu, sementara Childs menjadi yakin bahawa Coachoochee akan mengingkari perjanjiannya. Childs memohon dan mendapat kebenaran bagi menahan Coacoochee. Pada 4 Jun dia menahan Coachoochee dan lima belas pengikutnya. Leftenan Kolonel William Gates mengarahkan agar Coacoochee dan orang-orangnya dihantar serta merta ke New Orleans.Apabila Kolonel Worth mengetahui hal ini, dia memerintah kapal itu untuk kembali ke Tampa Bay, kerana dia bertujuan untuk menggunakan Coacoochee bagi memujuk puak Seminoles yang lain untuk menyerah diri.[68]

Kolonel Worth menawarkan rasuah sekitar US$8,000 kepada Coacoochee. Kerana Coacoochee tidak mempunyai harapan untuk melarikan diri, dia bersetuju untuk menghantar utusan mendesak puak Seminoles untuk berpindah ke Barat. Ketua-ketua yang masih aktif di bahagian utara semenanjung Florida, Halleck Tustenuggee, Tiger Tail, Nethlockemathla, dan Octiarche, berjumpa dalam satu majlis dan bersetuju untuk membunuh sebarang utusan dari kulit putih. Ketua-ketua di selatan mendapat tahu mengenai keputusan ini dan menyokongnya. Bagaimanapun apabila seorang utusan hadir dalam majlis Holata Mico, Sam Jones, Otulkethlocko, Hospetarke, Fuse Hadjo dan Passacka, dia dijadikan tahanan, tetapi tidak dibunuh.[69]

Sejumlah 211 Seminoles menyerah diri hasil perutusan Coacoochee, termasuk sebahagian besar kumpulannya sendiri. Hospetarke telah diumpan untuk berjumpa di Kem Ogden (berhampiran kuala Sungai Peace) pada Ogos dan dia bersama 127 orang kumpulannya ditangkap. Apabila bilangan puak Seminoles di Florida berkurangan, ia menjadi semakin mudah yang bakinya untuk menyembunyikan diri. Pada November Artileri Ke-Tiga bergerak ke Paya Cypress Besar dan membakar beberapa kampung. Sesetengah Seminoles di selatan Florida berputus asa selepas itu, dan mereka menyerah diri untuk diangkut ke barat.[70]

Puak Seminoles masih bertaburan sepanjang kebanyakan Florida. Satu kumpulan yang kebuluran menyerah diri di utara Florida berhampiran Sungai Apalachicola pada tahun 1842. Bagaimanapun, jauh ke timur, kumpulan yang dipimpin oleh Halpatter Tustenuggee, Halleck Tustenuggee dan Chitto Harjo menyerang Mandarin, Florida dan penempatan lain sepanjang hulu (contoh. utara) Sungai St. Johns. Pada 19 April 1842, satu pasukan 200 tentera yang dipimpin oleh Liftenan Pertama George A. McCall bertembung sekumpulan pahlawan Seminole di Paya Pelchikaha, sekitar tiga puluh batu selatan Fort King. Pertempuran singkat berlangsung dan kemudian pihak Seminoles melarikan diri ke kawasan hammock. Halleck Tustenuggee telah ditahan apabila dia muncul di Fort King untuk perundingan. Sebahagian kumpulannya ditahan apabila mereka melawat kubu tersebut, dan Leftenan McCall menangkap baki kumpulan Halleck di kem mereka.[71]

Rujukan

WikiPedia: Perang Seminole Kedua http://www.palmbeachpost.com/news/content/local_ne... http://digitalcollections.fiu.edu/tequesta/files/1... http://www.history.army.mil/books/AMH/AMH-07.htm http://www.history.army.mil/books/AMH/amh-toc.htm http://www.history.navy.mil/wars/foabroad.htm http://web.archive.org/web/20070206182835/http://w... http://www.archive.org/details/soldiersofflorid00f... http://voneresearch.org/?pageID=maritime_history/c... http://replay.waybackmachine.org/20070624185615/ht... http://replay.waybackmachine.org/20070926204424/ht...